Friday, February 18, 2011

Aku Sayangkan Kamu

Aku sayangkan kamu
bukan kerana kamu berharta
aku sayangkan kamu
kerana kamu berjasa
aku sayang kamu
kerana kita patut menyayangi
aku sayangkan kamu
kerna kaulayak disayangi
aku sayangkan kamu
kerana imanku
kerana ikatan kita pada tali aqidah ini
kerana Allah menyuruh
kerana ia bukti keimanan
walau pernah tersimpang jalan
dalam jalinan ini
namun kita kembali
kerna kutahu ia seruan Yang Satu
tidak sanggup kulihat di neraka itu sahabatku
ingin kuberkongsi syurga
bersama teman-temanku
itulah harapan
selagi dayaku menjemputnya ke sana
selagi mampu kumenghalang jalan keburukan
kerana engkau adalah kesayangan
sandaranku bersama keimanan
secebis luahan seorang rakan kepada teman,
moga sentiasa dalam persefahaman,
moga ikatan dalam keberkatan...
amin...

Saturday, January 15, 2011

Kecantikan

Kecantikan adalah tarikan pertama yang mewujudkan hubungan antara dua jantina. Itulah fitrah dan begitulah kebiasaan. Namun, jika akhlaknya lemah, pudarlah kecantikan, hilanglah serinya. Akhirnya, lemah pula hubungannya. Oleh itu, perhiasilah diri dengan kecantikan abadi, iaitu akhlakmu, agamamu, kerana itu pasti mampu untuk dikecapi dan dilakukan setiap insan. Dan kecantikan takkan mampu dikekalkan jika ia sekadar lapisan luaran. Justeru, peliharalah fitrah pemberian Tuhan. Ia adalah nikmat, namun bimbinglah ia agar tidak membuat kita lupa pada keutamaan yang lebih berkekalan.

Sunday, March 14, 2010

Hingga Ke Akhirnya

Ini juga adalah sebuah lirik lagu yang saya cuba terjemahkan. Namun, pada akhirnya, terjemahan ini tidaklah seratus-peratus, kerana banyak yang perlu disesuaikan dengan rentak asal lagu ini. Lagu ini lebih kepada luahan seorang suami kepada isterinya, bersyukur dipertemukan, dan berjanji untuk bersama seadanya. Saya letakkan tajuknya:

"Hingga Ke Akhirnya"

taqdir Allah temukan kita, sayang...
melayarkan hidupmu denganku
ku di sisimu
kubisikkan padamu
kaubuka hatiku
kusangkakan cinta itu penuh dusta
tika kauhadir berubah segalanya
ooo
dengarlah hatiku berbicara

Chorus
*
hingga ke akhirnya
kubersamamu
kan di sisimu
setiaku satu
hingga hujung nyawaku
cintaku untukmu
padamu

hingga ke akhirnya
malam dan siangnya
kusyukuri Allah
kuterbuka mata
kini dan selamanya, kau
kau kan kucinta
lahirnya dari jiwa...
*

bahagia rasa kubersamamu
rahmat Allah itu doaku
kaulah isteri, teman, kekasihku
bersama kita hingga ke syurga

kurasakan kini lebih bertenaga
tika kauhadir berubah segalanya
ooo
dengarlah hatiku berbicara

Chorus

kudengarkan kamu
cuba kaurasakan
seteguh mana cintaku (teguhnya cintaku)
tiada kuragu
kunyanyi untukmu
selamanya kaulah cintaku

Chorus


Ini pula lirik lagu asal di dalam bahasa Inggeris. Nyanyian Maher Zain.

Song: For The Rest of My Life
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
and I'm here with you
now let me let you know oh
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
...ooh
and there is a couple words I wanna say

for the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you

for the rest of my life
through days and nights
I thank Allah
for open my eyes
Now and forever I'll
I'll be there for you
I know it deep in my heart...

I feel so blessed when I think of you
and I ask Allah to bless all we do
You're my wife, and my friend, and my strength
and I pray we're together in Jannah
How would now I've found myself
I feel so strong
Yes, everything was changed when you came along
...ooh
and there is a couple words I wanna say

for the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you

for the rest of my life
through days and nights
I thank Allah
for open my eyes
Now and forever I'll
I'll be there for you
I know it deep in my heart

and now that you hear in front of me
I strongly feel in love
and I have no doubt
now I sing it loud
that I would love you eternally

for the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you

for the rest of my life
through days and nights
I thank Allah
for open my eyes
Now and forever I'll
I'll be there for you
I know it deep in my heart...