Friday, February 18, 2011

Aku Sayangkan Kamu

Aku sayangkan kamu
bukan kerana kamu berharta
aku sayangkan kamu
kerana kamu berjasa
aku sayang kamu
kerana kita patut menyayangi
aku sayangkan kamu
kerna kaulayak disayangi
aku sayangkan kamu
kerana imanku
kerana ikatan kita pada tali aqidah ini
kerana Allah menyuruh
kerana ia bukti keimanan
walau pernah tersimpang jalan
dalam jalinan ini
namun kita kembali
kerna kutahu ia seruan Yang Satu
tidak sanggup kulihat di neraka itu sahabatku
ingin kuberkongsi syurga
bersama teman-temanku
itulah harapan
selagi dayaku menjemputnya ke sana
selagi mampu kumenghalang jalan keburukan
kerana engkau adalah kesayangan
sandaranku bersama keimanan
secebis luahan seorang rakan kepada teman,
moga sentiasa dalam persefahaman,
moga ikatan dalam keberkatan...
amin...

Saturday, January 15, 2011

Kecantikan

Kecantikan adalah tarikan pertama yang mewujudkan hubungan antara dua jantina. Itulah fitrah dan begitulah kebiasaan. Namun, jika akhlaknya lemah, pudarlah kecantikan, hilanglah serinya. Akhirnya, lemah pula hubungannya. Oleh itu, perhiasilah diri dengan kecantikan abadi, iaitu akhlakmu, agamamu, kerana itu pasti mampu untuk dikecapi dan dilakukan setiap insan. Dan kecantikan takkan mampu dikekalkan jika ia sekadar lapisan luaran. Justeru, peliharalah fitrah pemberian Tuhan. Ia adalah nikmat, namun bimbinglah ia agar tidak membuat kita lupa pada keutamaan yang lebih berkekalan.